Search This Blog

Sunday, October 19, 2008

Bicara hati

Aku tidak bermaksud untuk memiliki biar pun hati telah berkata sesuatu. Mungkinkah aku seorang yang terlalu polos and telus maka tidak mampu menutupi sesuatu di luar jangkaan. Kebenaran itu ada tetapi mungkinkah aku sekadar memuji. Mungkinkah aku sekadar cuba bertarik tali? Keinginan untuk memiliki adalah jauh sekali kerana waktu dan jarak tidak berjalan seiringan. Aku menangkis setiap harapan dan menjalani hari ku dengan bersahaja meski pun ada igauan.

Ya kadangkala aku juga bingung. Antara pemikiran dan perasaan. Antara fantasi dan realiti. Sama ada apa yang aku rasakan dan apa yang aku lakukan adalah benar buat masa sekarang.

Dan kadangkala aku lagi bingung. Memikirkan diri yang senang sahaja rapuh dan jatuh ke dalam ruang permasalahan. Adakah aku seorang yang terlalu mengikut hati dan selalu berkata tanpa berfikir? Apakah aku terlalu di penuhi kehidupan maka setiap detik aku hargai dan aku terus sahaja berkata dan melakukan apa sahaja yang aku ingin katakan dan lakukan?

Ya aku sedang berkata-kata. Tetapi aku tahu tidak akan ada seorang pun yang faham setiap luahan ku di sini. Aku sememangnya senang berbicara di dalam teka teki kerana hatiku terlalu lurus dan perlu dilindungi.

Aku adalah seorang yang tidak akan pernah terbiasa menipu diri sendiri. Segala yang di rasa akan di terima tanpa banyak soal, tanpa banyak tanya. Mungkin tuhan sedang mengajar aku erti bersabar dan ikhlas menerima segala dugaan.