Search This Blog

Wednesday, December 10, 2008

Pudar tanpa dia

Hari hari ku sepi tanpa dia


Meskipun tidak lagi ternanti nanti


Kata kata ku berselirat penuh makna


Fikiranku penuh dengan luahan


Masih terpalit rasa rindu


Masih terlihat igauan


Perlukah aku bertanya


Mengapa bertemu untuk berpisah?


Dalam senyuman ada samar kesepian


Masih bersinar meski warna kian pudar


Bukan kesedihan yang hendak digambarkan


Bukan kelukaan yang hendak disampaikan


Tetapi satu perasaan yang perlu disimpan


Kerana waktu dan jarak tidak berjalan seiringan